MEMBUDAYAKAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ialah sumber teknologi yang mampu menjadi pemangkin munculnya berbagai-bagai penemuan, reka cipta dan idea baru. Fenomena ini terjadi kerana teknologi itu sebenarnya muncul hasil daripada aplikasi ilmu yang ditunjukkan dalam bentuk nyata yang lebih canggih. Malah kecanggihan ini seterusnya mendorong manusia untuk mengembangkan lagi ilmu teknologi tersebut. Menerusi hakikat inilah membuktikan bahawa Islam tidak menghalang atau mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan.
Islam juga menuntut supaya umatnya mengembangkan teknologi sehingga menemui kebesaran dan keagungan Allah S.W.T yang tidak dapat ditandingi oleh segala makhluk yang ada di langit dan di bumi.Sebenarnya, dalam al-Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji dan mengamalkannya. Setiap ayat yang terkandung dalamnya digali, diteliti dan direnungi kerana al-Quran ialah sumber ilmu pengetahuan yang terbesar. Islam juga amat menggalakkan kajian atau penelitian untuk mencari penemuan baru dalam bidang teknologi serta memggunakannya dalam kehidupan seharian. Sumbangan IT terhadap pembelajaran sangat ketara. Dengan pelaksanaan KBSR dan KBSM, teknologi pendidikan adalah penyokong utama untuk mencapai matlamatnya di samping fungsi guru sebagai pemudah cara. Malahan, pihak KPM begitu komited dan menekankan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sesuai dengan perkembangan pesat era IT dan komunikasi yang berlaku di Malaysia.Era perkembangan IT mempengaruhi setiap sudut bidang kehidupan manusia. Aspek teknologi kini digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat dan sikap positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Penggunaan teknologi boleh menjadi alat yang mampu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Penggunaan teknologi komputer boleh mengoptimumkan proses pengajaran. Teknologi komputer merupakan revolusi terbaru yang membuka dimensi baru dalam kaedah penyampaian maklumat. Dengan adanya aplikasi multimedia, fungsi komputer diperluaskan lagi jauh kehadapan daripada penggunaan awalnya, iaitu sebagai alat pemprosesan data. Cara penyampaian pada peringkat awal penggunaan komputer hanyalah terhad kepada teks, grafik, angka dan animasi yang canggih di samping penerangan bersuara. Era perkembangan IT mempengaruhi setiap sudut bidang kehidupan manusia. Aspek teknologi kini digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat dan sikap positif pelajar terhadap perkembangan teknologi.
5 langkah untuk membudayakan penggunaan teknologi dalam pendidikan islam:
- Guru pendidikan Islam perlu mengorak langkah menjadikan komputer sebagai alat yang mampu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selaras dengan keperluan terkini untuk memperkenalkan komputer secara menyeluruh dalam sistem pendidikan, mereka seharusnya tahu dan mampu mengendalikan beberapa perisian komputer yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- mewujudkan perisian khusus untuk mata pelajaran Pendidikan Islam dalam bentuk yang lebih menarik dengan bantuan multimedia berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang pelbagai. Paparan grafik, audio, video, dan animasi dalam multimedia memudahkan pemahaman pelajar.sebagai contoh al - quran digital.
- membudayakan Komunikasi Berperantarakan Komputer (KBK) di sekolah-sekolah. hal ini kerana (KBK) adalah payung kepada pengajaran dan pembelajaran berasaskan internet.
- kerajaan perlu menyediakan kemudahan komputer di semua sekolah termasuk sekolah agama rakyat yang sememangnya menjadikan pendidikan islam sebagai pendidikan yang utama.
- Guru juga perlu menjadikan laman web yang berkaitan dengan Islam seperti laman web jabatan agama negeri, Pusat Zakat Selangor dan beberapa laman web lain termasuk haj-e.net sebagai bahan bantu mengajar bagi topik pengajaran yang terdapat dalam Pendidikan Islam.


Saya bersetuju dengan langkah-langkah yang saudara nyatakan. Sememangnya semua langkah tersebut amat penting, walaubagaimanapun pada pandangan saya,Guru itu sendiri perlu mengorak langkah menjadikan komputer sebagai alat yang mampu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selaras dengan keperluan terkini untuk memperkenalkan komputer secara menyeluruh dalam sistem pendidikan, mereka seharusnya tahu dan mampu mengendalikan beberapa perisian komputer yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pendapat saudara Alif. Pendidikan Islam tidak seharusnya ketinggalan dari arus pemodenan. penerapan teknologi dalam sistem pengajaran ini mampu meningkatkan pemahaman serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik.
ReplyDeleteMOHAMAD RIDZLAN BIN MOHD SIDEK
A128230
Saudara menunjukkan kematangan dalam penulisan saudara, syabas. Saya melihat teknologi amat sesuai diterapkan dalam semua subjek di sekolah agar murid menjadi lebih kretif dan terbuka dalam pemikiran mereka
ReplyDeleteMUHD HILMI MAHFOL A128153
Saya setuju dengan pendapat saudara Alif. Pendidikan berasaskan islam adalah suatu pendekatan yang perlu kerana ajaran islam memmentingkan pendidikan disamping pendidikan agama.
ReplyDeleteOmar Shaheran Bin Zainudin
ReplyDeleteA128243
Penggunaan teknologi sepatutnya diaplikasikan dalam semua perkara, termasuklah dalam Islam. Saya tertarik demgam isu yang ditampilkan dan ianya satu isu yang kita selalu pandang remeh. Akan tetapi, pengaplikasian teknologi dalam Islam amat berguna pada zaman kita, lagi-lagi dengan kemudahan laman sosial seperti Facebook dan Blog membolehkan kita bebas memberikan pandangan dan ilmu pengatahuan kita untuk dikongsi bersama.
Oleh itu, penggunaan teknologi dalam Islam atau kita menyebarkan agama Islam itu amat berguna bagi kita memanfaatkannya.
saya bersetuju dengan segala cadangan atau pendapat saudara.sebagai umat islam,kita seharusnya terus mencari ilmu kerana menuntut ilmu itu adalah wajib bagi kita semua.segala input yang saudara berikan adalah amat berguna untuk kita memantapkan lagi iman dan ilmu didada.apabila saya membaca post ini saya merasakan diri saya yang lemah dalam pengetahuan tentang agama islam.insyaALLAH saya akan cuba membaiki diri saya yang serba kekurangan ini.
ReplyDeleteterima kasih sekali lagi untuk input yang bermakna ini...
a129428
hassan bin mustafa afifuddin
atisan19.blogspot.com
t.q ye kengkawan....kerana bg feedback ttg post ni...insyaalah kita doakan agar islam menjadi gemilang semula seperti dahulu...
ReplyDelete